Posts

Showing posts with the label menhilangkan garis halus dimuka mencantikkan kulit

PLATELET RICH PLASMA (PRP)

Image
PLATELET RICH PLASMA (PRP) Penemuan terkini dunia perubatan dan kecantikan menyaksikan penggunaan darah sebagai alternatif semulajadi untuk meremajakan kulit dan mencantikkan penampilan diri seperti mana Botox. Platelet Rich Plasma (PRP) Teknik Platelet Rich Plasma (PRP) yang juga dikenali sebagai Vampire Filler itu semakin mendapat tempat dalam dunia perubatan kecantikan. Bukan itu saja, PRP turut diamalkan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang lain. Tentu menarik menyelongkar kaedah terbaru yang turut tidak ketinggalan diamalkan di negara ini. Pelopor penggunaan PRP dalam rawatan kecantikan, Dr. Julio F. Gallo merumuskan bahawa teknik terbaru itu sama seperti penggunaan filler kosmetik yang disuntik ke muka pesakit. "Prosedur ini digelar vampire filler kerana kami menggunakan darah anda sendiri," kata Dr. Gallo yang berkhidmat dengan Institut Pengurusan Usia dan Intervensi di Miami. ...