TERAPI ENZIM
Rawatan Kesihatan Dengan Terapi Enzim Susahnya nak kurus semula!!!!! Miss.M berjumpa doktor kerana mengalami masalah obesiti. Dia mahu mengurangkan berat badan yang meningkat sehingga 90 kg. Doktor mencadangkan program pengawalan makanan dan juga ubat-ubatan bagi merangsang rasa kenyang dengan cepat. Menurut doktor ini merupakan langkah saintifik yang digunakan di seluruh dunia. Selepas dua minggu makan ubat dan mengawal pemakanan,Miss.M mula kehilangan berat badan. Dalam tempoh sebulan berat badannya mengurang sebanyak 10 kg dan semestinya dia gembira.Bagaimanapun pada bulan kedua, tiada sebarang pengurangan menyebabkan Miss.M mula risau. Sebulan selepas itu Miss.M berhenti makan ubat kerana jemu dengan keadaannya yang tidak berubah. Tambahan pula dia diberitahu ubat yang dimakan mempunyai kesan tidak baik kepada kesihatan. Beberapa bulan selepas itu, Miss.M mengalami kenaikan berat badan berganda. Tubuhnya berasa lemah dan mukanya kelihatan sembap. Dia kecewa dan hairan d...